Namun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya. Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya. Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.
Moral & Iktibar
Allah bersifat dengan AR-RAHIM .
Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya amalan sunat.
Satu kebajikan amat berat timbangan di sisi Allah Satu amalan boleh meletakkan diri sama ada syurga atau neraka.
Di padang mahsyar semuanya nafsi-nafsi; masing-masing mau melepaskan diri dari azab yang pedih.
Orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat dengan Pemurah.
Penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki.
Judul: Satu Amalan Nilainya Syurga
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 7:10 PM
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 7:10 PM
0 comments:
Posting Komentar